Tuesday, 3 December 2013

Matlamat tidak menghalalkan cara !!

Setiap perbuatan kita sebagai manusia dan terutamanya hamba Allah S.W.T dimulakan dengan niat .. Niat merupakan penentu perbuatan kita ,, jika kita berniat baik , InshaaAllah , perbuatan tersebut akan diredhai oleh Allah S.W.T .. Tapi sekiranya , niat kita berbeza atau terdetik di hati kita untuk melakukan sesuatu yang membawa kepada dosa , cepat-cepatlah kita beristighfar kerana , di samping kita , Syaitan Laknatullah akan turut menghembus hasutannya kepada setiap hamba Allah S.W.T yang ingin melakaukan perkara yang baik .. Na'uzubillahimin zalik ..

   Sepanjang pengajian ana di dalam fakulti syari'ah ini , ana menuntut satu ilmu tentang Prinsip-prinsip Pengajian Syari'ah Islamiyyah yang berkaitan dengan niat ,, Ana sangat tertarik .. Bab ini dinamakan Kaedah-kaedah di dalam Fiqh Islami .. Kaedah pertama yang ana pelajari ialah :
الأمور بمقاصدها
Kaedah ini adalah kaedah yang pertama dalam pengajian ini .. Kaedah ini bernaksud ,, Sesuatu perkara dilakukan berdasarkan niat .. Persoalannya , kenapa sesuatu hukum dikira berdasarkan niat ??

   Pada pendapat ana , niat ini sangat penting kerana ia mempengaruhi setiap aspek kelakuan kita .. Sama ada kita ikhlas ataupun tidak , apa niat kita atas sesuatu perbuatan itu dan sebagainya ..

Sabda Rasulullah S.A.W dalam satu hadis Ahad :
انما الأعمال بالنيات
Maksudnya ; 
                        Segala pekerjaan dan amal kita bermula dengan niat ..  

   Sebagai contoh :
Dalam perjalanan pulang dari sekolah , Ahmad terjumpa telefon pintar ataupun apa-apa gajet .. Sebab sekarang kan zaman IT ,, Lalu , Ahmad mengambilnya dengan niat ingin memulangkan kepada tuan gajet tersebut .. Tetapi semasa gajet itu dalam jagaan Ahmad , gajet itu terjatuh lalu skrinnya retak atau cracked .. Selepas beberapa ketika , Ahmad berjumpa dengan tuan gajet itu dan ingin memulangkan barang tersebut .. Maka , dari sudut fiqhnya , Ahmad tidak perlu mengganti atau membayar apa-apa ganti rugi .. Hukum ini dijatuhkan berdasarkan niat Ahmad .. Tetapi hukum akan berlainan apabila , niat Ahmad pada permulaan perbuatannya berbeza .. Jika Ahmad berniat buruk pada mulanya , dia perlu menggantikan gajet tersebut atau membayar ganti rugi atas perbuatannya itu ..

   MashaaAllah , cantik bukan aturan dan hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T ?? Allah S.W.T merupakan seadil-adil hakim kerana Allah Maha Adil dan Dia amat mengetahui atas segala sesuatu .. Subhanallah ..

Monday, 2 December 2013

Syahadahku

بسم الله الرحمن الرحيم

   Syahadah merupakan satu asas aqidah yang kukuh bagi seseorang yang bergelar muslim dan mukmin .. Muslim yang bukan hanya pada IC taw !! Zaman sekarang , ramai dalam kalangan muda mudi atau lebih saintifiknya , Gen Y ataupun Generasi Y ini kurang mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan seharian .. Setuju atau tidak , inilah relitinya .. Agama adalah satu cara hidup yang sempurna dan lengkap merangkumi segala aspek kehidupan .. Segala-galanya sudah lengkap diaturkan oleh Allah S.W.T ..

   Kalimah tauhid ini adalah kalimah yang benar-benar suci dengan lafaz :

أشهد الّا اله الا الله و أشهد أن محمد رسول الله
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah S.W.T ..

Allah S.W.T berfirman dalam Al-Kitab , mafhumnya :

    Katakanlah(wahai Muhammad) , "Dialah Allah Yang Maha Esa , Allah tempat meminta segala sesuatu , Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan , dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia".
                                                                                                                          Al-Ikhlas : 1-4

Hal ini menunjukkan bahawa kita sebagai muslim perlu dan wajib yakin bahawa Allah adalah tempat kita bergantung harap .. Allah Maha Esa ,, 

   Maka , kalimah syahadah ini seharusnya kita ucapkan setiap hari bukan ?? Bila kita alih pandangan kita pada orang bukan islam yang ingin memeluk ISLAM , mereka perlu mengucapkan syahadah ini ,, Alhamdulillah , mereka sudah mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T untuk menuju kebenaran .. Bila kita lihat pada satu sudut , kadang-kadang , muallaf atau saudara baru yang baru sahaja berhijrah ke arah ISLAM ini lebih kukuh aqidahnya daripada muslim yang dilahirkan atas nama muslim sendiri .. MasyaaAllah ,, 

Sunday, 1 December 2013

Tak kenal maka "تعرف"

Salam perkenalan ,, 
Tujuan ana menulis blog ini adalah , tidak lain dan tidak bukan ingin berkongsi ilmu yang sedang mahupun yang telah dituntut sejak dari kecil lagi .. Ilmu Allah S.W.T sangat luas , subhanallah ..
  
Ilmu Allah sangat luas , tidak terkata .. Jika dijadikan air laut sebagai tinta dan pokok-pokok sebagai pena ,, tidaklah cukup untuk menulis semua ilmu-ilmu Allah .. MashaaAllah ..  

Allah Maha Kaya dengan ilmu , Allah Maha Mengetahui atas segala yang berlaku .. Allah telah aturkan segala-galanya .. Maka , kita wajib beriman dengan Qada' dan Qadar Allah .. Sesungguhnya , apabila kita sudah memperolehi sesuatu ilmu itu , haruslah sedaya upaya kita mengamalkannya ..

Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah ..

Maka , segala ilmu yang diperoleh perlu kita sampaikan semampu dan sedaya mungkin seperti Rasulullah S.A.W dalam jihad baginda .. Baginda mencuba sehabis boleh untuk menyampaikan segala ilmu agama hanya keran Allah S.W.T .. Kita harus mencontohi baginda .. 

Setiap amalan dan pekerjaan yang kita lakukan sesungguhnya bermula dengan niat ,, Jika baik niat kita , InshaaAllah , amalan kita akan diterima oleh Allah S.W.T dan diberi balasan yang setimpal .. kerana Allah Maha Adil .. 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W , 
" انما الأعمال بالنيات" 
Dan firman Allah S.W.T mafhumnya :

بسم الله الرحمن الرحيم
Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya .. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya ..
                                                                                                                           Az-Zalzalah : 7 & 8

InshaaAllah , betulkan niat kita .. Berkongsi ilmu bukan kerana ingin bangga dengan diri kerana perasaan riak akan muncul .. Na'uzubillahimin zalik .. Ana ingin berkongsi dan menyampaikan ilmu dengan cara ana yang tersendiri , kerana sesungguhnya Allah berpesan dalam Al Quranul Karim maksudnya :
 بسم الله الرحمن الرحيم
 Demi masa , 
Sungguh, manusia berada dalam kerugian ,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran ..
                                                                                                                                  Al-'Asr : 1-3

Cukuplah sekadar ini sahaja perkenalan dan permulaan usaha ini untuk lebih maju .. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T , Amiiiinnn ..